Galeri Foto

TAKLIMAT PENGURUSAN PERTUBUHAN BERKUALITI (DAFTAR MIGRASI PERLEMBAGAAN) BIL.5/2022
Taklimat Pengurusan Pertubuhan Berkualiti (Daftar Migrasi Perlembagaan ) Bil.5/2022 JPPM Negeri Kelantan secara bersemuka telah diadakan seperti berikut:


Tarikh             :           17 Ogos2022 (Rabu)

Masa              :           10.00 pagi hingga 12.00 Tengahari

Tempat           :           Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan


Program yang dijalankan di Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan untuk memberi Taklimat mengenai Pengurusan Pertubuhan Berkualiti (Daftar Migrasi Perlembagaan) serta memberi pendedahan bagi pengisian pindaan perlembagaan secara atas talian melalui sistem eroses . Seramai 20 peserta yang terdiri dari Setiausaha, Bendahari, Pengerusi yang mana mereka ini terdiri daripada 16 pertubuhan telah hadir ke kursus ini. Taklimat Pengurusan Pertubuhan dilakukan oleh para Pegawai Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan yang terdiri daripada  En. Wan Kasni bin Mohamad. Kursus ini bertujuan untuk Memberi pendedahan kepada persatuan bagi pengisian pindaan perlembagaan secara atas talian melalui sistem eroses, memberi penerangan tentang pengurusan pertubuhan termasuklah topik tanggungjawab pemegang jawatan dan pengurusan pindaan perlembangaan serta memberi peluang bersemuka dengan pihak Jabatan.

 

 

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP